ALT Construction Sdn Bhd
光辉建设工程

Company Introduction


ALT CONSTRUCTION merupakan sebuah syarikat pembinaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1999. Syarikat tersebut telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Binaan Bangunan dan Penyelanggaraan serta Binaan Kejuruteraan Struktur Bangunan iaitu Kelas E kepala 11 sub-Kepala 2,6 serta G2 yang tidak melebihi RM500,000 B - B04 dan CE - 21 serta Binaan bangunan dan Pembinaan Kejuruteraan Awam yang berdaftar dengan CIDB.

ALT CONSTRUCTION telah berdaftar dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Sesco, Sarawak General Hospital , Sanmina Corp. M Sdn Bhd, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan lain-lain organisasi sama ada kecil atau besar. Syarikat kami juga merupakan ahli persatuan - persatuan seperti pertubuhan Kontraktor Sarawak, Malaysia Institut of Interior Design, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sarawak.

Sehinga kini ALT CONSTRUCTION telah berkecimpung di dalam bidang pembinaan bangunan dan binaan am seperti pembinaan bangunan pejabat, perniagaan, kediaman, individu, kilang-kilang industri kecil atau sederhana, institut pengajian tinggi, sekolah dan lain-lain, Perkhidmatan kami merangkumi kerja-kerja kawalan bangunan, penyenggaraan bangunan, pengubahsuaian, pembaikan struktur utama bangunan dan pembinaan bangunan baru.

Kakitangan operasi kami terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan cukup terlatih dalam bidang pembinaan dan kawalan bangunan. Mereka ini sentiasa diberi latihan dari masa ke semasa bagi memastikan mereka memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Syarikat ini diterajui oleh Encik Albert Chong Kuek Chiew sebagai Pengarah Pengurusan. Beliau yang mendapat pendidikan awal di Kolej Tun Abdul Razak Kuching telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Juruteknik Arkitek - Pertubuhan Arkitek Malaysia (SJA-PAM) Kuala Lumpur dan dianugerahkan Diploma Dalam Bidang Juruteknik Senibina Bangunan. Beliau seterusnya dianugerahkan Ijazah Sains Teknologi Binaan dari University of Wexaford di Switzerland. Pada tahun 2001 Graduan MBA, PPKS Sarawak, Beijing Concord University.

Encik Albert Chong Kuek Chiew merupakan seorang pemegang lessen dan pensyarah yang bertauliah dalam binaan bangunan dan pelukis pelan dan binaan yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan (MLVK). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah kelas malam di Inti Kolej Kuching Sarawak iaitu sebuah kolej swasta yang terkemuka.


Bahagian Pengurusan

Secara keseluruhannya, syarikat kami terdiri daripada tenaga kerja di bahagian pengurusan, kewangan, pentadbiran syarikat dan juga beberapa orang yang bekerja di bawah pembinaan bangunan.

Matlamat kesemua kami di ALT CONSTRUCTION adalah untuk memastikan pelanggan kami mendapat perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkualiti dari segi aspek pembinaan. Syarikat kami juga menyediakan alat-alat pembinaan yang bermutu tinggi dan dapat member kepastiaan yang menyeluruh kepada pelanggan dan projek yang dipertanggungjawabkan.


Bidang Perkhidmatan

Berikut kami memberikan penerangan mengenai jenis binaan dan teknik - teknik yang dijalankan bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan.

Jenis-Jenis Teknik

  1. Kerja cerucuk
    Pemasangan semua jenis cerucuk, cerucuk kepingan, cerucuk konkrit tuang dulu dilantak dan konkrit prategasan, cerucuk konkrit tuang disitu dan dikorek dan cerucuk kayu. Termasuk juga semua system cerucuk yang dipaten.

  2. Kerja pembinaan konkrit
    Pengukuhan struktur dengan cara "pressure grouting dan grouting gunuting" dan sebagainya.

  3. Kerja penyiasatan dan penstabilan tanah
    Kemudahan termasuk pensampelan penyiasatan dan pengujian kemudahan untuk menentukan klasifikasikan , kekuatan dan kandungan tanah.
    Termasuk juga kerja-kerja penstabilan seperti "micropiling", "ground anchoring" , "sand drains" dan "ground grouting".

  4. Saluran Paip Air
    Pemasangan, penyelanggaran dan membaiki saluran paip.

  5. Bangunan am dan penyenggaran
    Kerja-kerja am bangunan termasuk pemasangan sesekat, bumbung dan kerja penyenggaran bangunan.

  6. Hiasan dalaman
    Hiasan dalaman, perancangan dan hiasan bangunan ini termasuk panel sesekat, "buil in fitments", kerja-kerja lantai yang dinaikan.

  7. Pemasangan bahan kalis air
    Pemasangan bahan kalis air untuk "basement" , bumbung rumah dan tembok.

  8. Pemasangan paip
    Pemasangan, membaiki dan menservis paip air dan gas, kerja system kebersihan, kerja pemasangan paip dan paip utama.

  9. Kimpalan bangunan tetulang keluli
    Mereka dan membina bangunan dan struktur keluli seperti kilang jambatan, pemancar rangka mesin dan lain-lain.


Bahagian Operasi

Bahagian operasi kami adalah di antara unit penting di dalam organisasi kami di mana mereka ini adalah tenaga kerja yang memberikan perkhidmatan secara menyeluruh dan terus kepada ALT CONSTRUCTION. Mereka ini terdiri daripada kakitangan kami yang terlatih, mahir dan berpengalaman yang mampu memberikan perkhidmatan yang professional dan yang terbaik untuk pelanggan - pelanggan kami.