ALT Construction Sdn Bhd
光辉建设工程

HOME RENOVATION CONSTRUCTION
Specialized in:~
Residential & Commercial
 
Renovation, Interior Consultant & Construction
ALT Construction Sdn Bhd

Address:
Lot 841, 4 1/2 Mile,
Jalan Penrissen,
93250 Kuching Sarawak.

Telephone:
082 - 453 493

Fax:
082 - 453 486

E-Mail:
alt@altconstruction.com.my
 

ALT CONSTRUCTION merupakan sebuah syarikat pembinaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1999. Syarikat tersebut telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Binaan Bangunan dan Penyelanggaraan serta Binaan Kejuruteraan Struktur Bangunan iaitu Kelas E kepala 11 sub-Kepala 2,6 serta G2 yang tidak melebihi RM500,000 B - B04 dan CE - 21 serta Binaan bangunan dan Pembinaan Kejuruteraan Awam yang berdaftar dengan CIDB.

ALT CONSTRUCTION telah berdaftar dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Sesco, Sarawak General Hospital , Sanmina Corp. M Sdn Bhd, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan lain-lain organisasi sama ada kecil atau besar. Syarikat kami juga merupakan ahli persatuan - persatuan seperti pertubuhan Kontraktor Sarawak, Malaysia Institut of Interior Design, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Sarawak.

Sehinga kini ALT CONSTRUCTION telah berkecimpung di dalam bidang pembinaan bangunan dan binaan am seperti pembinaan bangunan pejabat, perniagaan, kediaman, individu, kilang-kilang industri kecil atau sederhana, institut pengajian tinggi, sekolah dan lain-lain, Perkhidmatan kami merangkumi kerja-kerja kawalan bangunan, penyenggaraan bangunan, pengubahsuaian, pembaikan struktur utama bangunan dan pembinaan bangunan baru.

Kakitangan operasi kami terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan cukup terlatih dalam bidang pembinaan dan kawalan bangunan. Mereka ini sentiasa diberi latihan dari masa ke semasa bagi memastikan mereka memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik.

more...